Monday, November 26, 2012

Menghindari Penyakit 7

daun bidara

Menyegarkan Badan
Mandi haid, selain dari mandi dengan air biasa, elok juga mandi dengan air yang telah diramas daun bidara untuk kesegaran badan. Caranya : Sebelum mandi, mestilah berwudhuk dengan sebaiknya. Sesudah mandi, sediakan perca kain atau kapas yang sudah diwangikan dengan minyak wangi atau kasturi.
    
daun senduduk

Merawat Luka
  1. Kunyah daun rumput atau daun senduduk sehingga lumat. Kemudian tempekkan pada luka tersebut. Darah akan cepat berhenti dan tidak akan keluar lagi.

  2. Parut anggaran 6 sm halia bersama sebiji bawang besar, dan campurkan dengan sedikit garam halus. Letakkan pada luka dan balutkan dengan kain bersih. Memang agak pedih sedikit tetapi hasilnya akan memuaskan.

  3. Lap dahulu bahagian yang terluka dengan kain basah. Ambil sebatang kulit kayu manis dan tumbuk sehingga lumat. Campurkan setitik madu lebah. Sapukan pada bahagian yang luka.

  4. Ramas segenggam daun turi. Setelah itu gosokkan pada bahagian yang luka. Lakukan beberapa kali sehingga kesan luka hilang.

  5. Apabila luka akibat terkena pisau dan mengalami pendarahan yang lama, siramkan sedikit minyak tanah pada luka. Darah akan terhenti dan tidak akan terasa pedih lagi.

cili kering


Cengkam Kuku Yang Bernanah
Gunting cili di bahagian hujung cili kering. Kemudian salaikan pada api dalam tempoh lebih kurang lima saat, jangan sampai hangus. Selepas itu titiskan minyak perlahan-lahan ke bahagian kuku yang bengkak. Anda akan terasa panas dan sakit sedikit, tetapi hanya sebentar dan akan kembali seperti sediakala.

rebung

Sakit Kuning
Hiris nipis-nipis sedikit rebung. Kemudian rebus sehingga mendidih. Amalkan meminum air rebusan tersebut. Ulangi sehingga sembuh.

daun bunga raya

Hindari Bayi Dari Penyakit Kuning
Kadangkala bayi yang baru dilahirkan kelihatan kekuningan. Rebus daun bunga raya dan daun sirih dengan air kelapa. Kemudian mandikan pada bayi.

belut

Kanak - kanak Sesak Nafas
Siang belut seperti ikan dan digoreng tanpa dibuang kulitnya. Berikan pada kanak-kanak yang mengalami sesak nafas.

telur ayam kampung

Sesak Nafas
Campurkan satu biji telur ayam kampung dengan satu sudu kecil serbuk kopi. Parut dua biji bawang merah. Campurkan semua bahan tadi dengan satu liter air, kemudian minum setiap pagi sebelum sarapan.

daun inai

Berkudis
Cara untuk menyembuhkan anda yang berkudis ialah dengan menumbuk daun inai dan kemudian tempekkan pada luka atau kudis tersebut.

Senang Bersalin
Supaya mudah bersalin, telanlah sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu sebelum waktu untuk melahirkan anak.

Selesema
  1. Ambil secawan air didihan beras (sewaktu mendidih). Biarkan suam barulah diminum. Amalkan selalu sehingga rasa gatal atau kering pada tekak itu sembuh.

  2. Letakkan sedikit kapur sirih, dua titik minyak kayu putih di atas sehiris limau. Panggang dan perah airnya. Kemudian minum sekali sehari.

  3. Selesema pada musin hujan atau panas terik boleh diubati dengan cara membasahkan ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.

  4. Mandilah dengan air suam pada waktu petang dan elakkan mandi malam. Amalkan minum air halia seminggu sekali


Bayi Selesema
Sapukan sedikit minyak kelapa pada hidung bayi. Biarkan kering. Jika tidak sembuh, dapatkan rawatan selanjutnya dari pakar/doktor.