Showing posts with label Angin. Show all posts
Showing posts with label Angin. Show all posts

Tuesday, June 15, 2010

Menghindari Penyakit 6



Mencegah Penyakit Buasir
Melakukan senaman pada setiap pagi hari sebelum berjalan. Angkat kedua belah kaki anda ke atas dan kedua tangan anda di bawah punggung kedua-duanya. Kemudian tahan nafas ketika naik kaki ke atas dan lepaskan nafas ketika anda turunkan kaki. Kemudian ulangi tiga kali setiap hari.
Mudah-mudahan sembuh.

Jika Terminum Racun
Minum air kelapa sebanyak yang boleh, kemudian segeralah dapatkan rawatan selanjutnya dari doktor.

Mengelakkan Kepedihan Ketika Mengupas Bawang
Mengupas bawang kadangkala memedihkan mata. Untuk mengelakkannya, rendamkan bawang tersebut terlebih dahulu. Kemudian barulah dikupas kulitnya.

Mengatasi Mual Ketika Mengandung
Jangan minum air lain setiap hari kecuali air suam.

Mengemukkan Anak-anak Yang Kurus
Jika anak anda kurus, cubalah rawatinya dengan memberi air beras yang mendidih. Amalkan memberi minuman ini selama seminggu.

Menghidap Barah Rahim
Untuk mengubati barah rahim, rebus dan minum air benalu teh yang tumbuh di dataran tinggi (750 meter dari aras laut). Amalkan selama tiga bulan.

Menghilangkan Rasa Gatal di Tekak
Perah tiga atau empat biji limau kasturi. Campurkan dengan sebiji garam jantan, minum tiga kali sehari.

Menghilangkan Angin
Caranya ialah dengan merebus buah mata kucing bersama halia dan gula melaka (ikut cita rasa anda). Apabila suam, minumlah airnya setiap hari. Lebih elok diminum selepas makan nasi.

Menghilangkan Kesan Gigitan Nyamuk
Bagi menghilangkan kesan daripada gigitan nyamuk dan menghilangkan gatal-gatal pada kulit, campurkan garam dan air, jangan biarkan garam itu terlarut. Kemudian sental garam tadi di bahagian yang kena gigitan. Selepas itu, anda tidak akan terasa gatal-gatal lagi dan kesan gigitan juga hilang.

Mengubati Kulit Terpercik Minyak Panas
  1. Cara pertama : sapukan tempat tadi dengan minyak zaitun. Insya-allah kulit tidak akan melecur dan tidak akan meninggalkan kesan.
  2. Parut beberapa biji bawang merah. Tampalkan pada bahagian yang terkena minyak panas. Kemudian dibalut dengan kain bersih. Biarkan beberapa hari barulah pembalut itu dibuka.
  3. Masak lemak ayam dengan api yang sederhana. Sejukkan dan simpan dalam botol. Apabila terkena minyak panas, sapukan lemak tersebut.

Mengubati Senggugut
  1. Minum air rebusan rumpun jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.
  2. Tumbuk secekak daun cili padi, tujuh biji jintan manis hingga lumat.Campurkan dengan dua sudu besar air masak. Perah dan tapis. Amalkan meminumnya tiga kali sehari selama tiga hari.
  3. Lenyek nasi sehingga lumat. Selepas itu campurkan dengan garam jantan atau garam biasa sehingga sekata. Gentelkan sebesar ibu jari dan embunkan semalaman. Makan pada pagi esoknya. Tidak perlu dikunyah. Lakukan selama tiga malam.
  4. Campurkan sedikit gula melaka dengan air kelapa. Sewaktu di datangi haid, minum dua kali sehari dalam masa tiga hari.

Menyedapkan Suara
Jika suara anda mengalami gangguan, rawatilah dengan menyediakan secawan air pada waktu malam. Biarkan semalaman dan kemudian apabila bangun pagi, minum air tersebut tanpa perlu membasuh muka dahulu.

Merawat Hidung Berdarah
Layurkan sehelai daun sirih. Gulungkan menjadi kecil dan sumbatkan pada hidung yang berdarah. Pada waktu yang sama, ambillah ketulan ais lalu dibungkus ke dalam kain atau tuala. Kemudian letakkan di atas dahi.

Friday, June 11, 2010

Menghindari Penyakit 2



Mengelakkan Kelesuan Ketika Haid
Cara untuk mengatasinya ialah :-
Rebus sedikit ketumbar, kunyit hidup, asam jawa dan sedikit gula merah. Biarkan mendidih.
Setelah sejuk, minumlah dua kali sehari.

Memerahkan Bibir
  1. Sapukan hampas halia yang telah ditumbuk pada bibir perlahan-lahan setiap hari.
  2. Ambil sedikit ubat gigi dan sapukan pada bibir setiap malam sebelum tidur.

Rawatan Anak Demam Panas
Ramaskan hingga keluar lendir, lima helai daun bunga raya, dua helai daun
rambutan dan sedikit daun jambu batu dengan sedikit air. Sapukan pada dahi
dan rambut anak.

Demam Panas
Ramas semangkuk asam jawa dengan beberapa kuntum bunga raya. Selawat
sebanyak tiga kali kemudian sapukan ke kepala dan seluruh badan. Biarkan
seharian.

Apabila Terkena Air Panas
Gosok perlahan-lahan bahagian yang melecur dengan air sabun mandi. Lakukan sehingga bahagian yang melecur tidak sakit lagi.

Bawang Putih Bunuh Kutu
Tumbuk tiga atau empat ulas bawang putih hingga lumat. Gaul dengan tiga sudu minyak kelapa. Lumurkan pada rambut rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Kemudian sikat dengan penyikat kutu.

Bengkak Akibat Terjatuh
Campurkan asam jawa, garam dengan sedikit air. Sapukan ke tempat yang benjol atau bengkak. Dalam masa beberapa minit bengkak akan menjadi susut.

Batuk
Batuk akan menyebabkan rasa sakit di perut dan gatal-gatal di kerongkong. Cubalah mengikut petua ini:
  1. Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam air suam. Apabila kerak nasi kembang, minum airnya. Amalkan setiap pagi.
  2. Rebus beberapa biji buah pisang masak. Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta sedikit garam dan perasa vanila. Setelah 20 minit, makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula. Selain anda mendapat kenikmatan suara anda semakin pulih.
  3. Tumbuk segenggam daun pegaga, hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Minum dua kali seminggu.
  4. Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli) dengan air suam. Kacau sehingga sebati. Kemudian minum tiga kali sehari.

Sakit Angin
Jika anda terkena senak perut dan selalu sendawa angin minumlah air rebusan ini :-
  1. Rebus empat atau lima tangkai cili kering (tangkainya sahaja), dua ulas bawang putih bersama tiga cawan air. Campurkan sedikit halia bersama rebusan tersebut. Minumlah beberapa kali.
  2. Amalkan meminum air rebusan daun mengkudu dan halia.

Memulihkan Tenaga Lelaki
  1. Kisar satu batang lobak merah, ibu kunyit sebesar jari dan setengah gelas air. Tapis dan campurkan dengan kuning telur ayam kampung. Setelah itu campurkan pula gula batu dan satu sudu makan madu. Minum tiga kali seminggu.
  2. Makan sebiji telur ayam kampung dengan madu setiap hari. Kemudian diikuti dengan meminum akar kayu.

Mengubati Sakit Mulut
Anak anda mengalami sakit mulut. Rawatilah dengan cara berikut.
Masak santan dari sebiji kelapa dengan satu cawan air. Bila hampir menjadi minyak, masukkan dua atau tiga tangkai daun pucuk manis sehingga warnanya putih. Angkat dan sejukkan. Sapukan dalam mulut anak anda.